Ahad, 28 Oktober 2012

Abim selar siaran filem kontroversi Hindustan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah keras penayangan filem kontroversi Hindustan My Name is Khan yang dibintangi Datuk Shah Rukh Khan di TV3, terutamanya pada sambutan hari kedua Hari Raya Aidiladha semalam.

Naib presidennya Ahmad Saparudin Yusup mendakwa, filem itu mengelirukan dan mengandungi adegan amalan agama yang dipertikaikan, seperti kahwin campur Islam-Hindu dan pemberian zakat kepada bukan Islam.

NONE"Aksi beliau (Shah Rukh Khan) dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan," katanya.

"Menerima dan mencampur aduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam."

Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Saparudin berkata, walaupun cuba menjawab persoalan Islamophobia, tanpa memahami Islam dengan mendalam, My Name is Khan jelas membawa mesej ‘Islam Liberal' dan pluralisme agama.

"Segala faham ini perlu diperhatikan secara dekat kerana ia boleh memesongkan fikiran umat Islam dan juga bukan islam dalam memahami ajaran Islam yang sewajarnya," kata Ahmad Saparudin.

"Faktor penayangan yang dibuat tatkala umat Islam menyambut hari Aidiladha juga menimbulkan persoalan ke mana hilangnya keprihatinan dan tanggungjawab pihak media dalam bahan siaran mereka.

ABIM juga mendesak agar penayangan filem itu tidak berulang, pengedarannya dihalang serta-merta dan stesen penyiaran harus lebih peka di masa akan datang.

Tahniah DAP berani bidas MCA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik aziz"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.

Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.

Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Loke: Surat buktikan kemurahan hati
Sementara itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus memimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

NONE"Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

"Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz!

Heng pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

Isnin, 22 Oktober 2012

PHD

Hari-hari berita terpanas adalah berhubung dengan slogan 1 Melayu, 1 Bumi. Ini semuam ada kaitannya dengan slogan 1 Malaysia yang bunyi sengguh Cemerlang, Gemilang & Terbilang. Bunyinya sungguh cantik..Tetapi adakah ia benar-benar baik atau sebaliknya... Kita sendiri yang menilainya.. Buruk baik sesuatu slogan tu terletak pada cara penyampaian atau perlaksanaannya. Betul tak apa yang diwar-warkan oleh pemimpin no 1 kita tentang..1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....

Bagi saya slogan tu memang betul. Tak ada cacat celanya.  1 Malaysia hasil negara dicapainya. Jangan ada yang tertinggal sedikit pun. Mana tangan sampai untuk mencapainya pasti akan dicapai. Yang penting hajat tecapai... Rakyat pula kenalah mendahului memberi jalan untuk memudahkan pencapaian mereka. Jadi tak payah lagilah mereka bersusah payah untuk meneroka. Jalan dah ada. Rakyat  nama cukup modal nak buat rete..jadi terpaksalah bagi pada mereka-mereka yang sememangnya sudah kaya untuk menambahkan lagi kekayaan mereka.

Berbalik kita pada slogan 1 Melayu 1 Bumi. Apa lagi yang tak kene dengan kita nie orang melayu. Kenapa orang melayu nie sentiasa hendak diinggatkan baru nak bersatu.. Kenapa sentiasa disogok dengan slogan-slogan baru nak berdamai... Tak cukup dengan 1 Malaysia kini timbul pulak 1 Melayu.. Apa maksud semua nie? Bodoh sangatkah orang melayu nie...

Baiklah cuba kita lihat apa yang kita harungi sekarang. Siapa yang membuat orang melayu berpecah. Siapa yang membuat orang melayu kecewa? Siapa yang memalukan orang melayu sendiri? Siapa yang mereka cipta ceritan untuk membunuh orang melayu sendiri? Semua jawapannya ada pada orang melayu sendiri.

Kalau dilihat pada sikap orang melayu itu sendiri, hampir setiap orang mempunyai sikap PHD yang terlalu tebal pada diri mereka sendiri. Tak kiralah setinggi mana sekalipun jawatan yang dipegang..dari setinggi-tingi pangkat sehinggalah suri rumah yang tidak banyak pergaulan pun pasti ada tersisip perasaan PHD tersebut. Setiap hari ada sahaja cerita yang didendangkan walaupun kesahihan cerita belum pasti kebenaranya. yang penting ada cerita mahu diomongkan.

Cuba kita lihat persekitaran kita, apa kurangnya pada diri kita yang dilahirkan sebagai anak melayu. Apa yang menyebabkan kita agak tertinggal dengan bangsa Cina kalau dibandingkan kita dengannya. Jawapannya, memang kita yang cipta jurang tersebut. Orang lain sebok dengan agenda memajukan ekonomi keluarga dan kaum tapi kita sebok dengan agenda untuk meruntuhkan dan menjatuhkan kawan sesema kaum kita. kita sebok mencipta bidaah-bidaah yang sememangnya tidak terfikir olah akal yang waras. Kita akan rasa resah kalau melihat kejayaan orang lain. Kita rasa teramat rugi kalau membiarkan orang lain lebih berjaya dan kaya dari kita. Kita akan rasa tidak senang duduk kalau ada orang lain yang mampu mentadbir atau mendapat sekongan dari orang ramai. Kita .. kita.. semua dari kita..

Kita sentiasa

Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz





DAP hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

NONEBangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Kota Belud: Pandangan hanya tentang dasar negara
Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.

NONEJusteru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir dalam AGM itu patu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.

Beliau mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan bukan menghina Islam.


Sumber : MALAYSIAKINI

Sabtu, 23 Julai 2011

SIAPA YANG MENANG?

Hari ini Kampung Medan, TPG, Kuala Langat seperti menjadi satu medan mengukur kepopularitian parti politik masing-masing. Almaklumlah bahang PRU ke-13 sudah mula terasa kesuamanya. Walaupun pada pagi ini hujan turun membasahi bumi Telok, namum bahang kepanasannya masih terasa. Masing-masing ada agenda tersendiri. BN ada programnya, PAS pun ada programnya sendiri.  Semua dilakukan serentak dan dalam satu kawasan yang boleh dikatakan satu padang. Cuma dihalang oleh bangunan sekolah sebagai pembahagi program yang dimaksudkan. TETAPI apa yang menjadi pertanyaan dan kemyuskilan saya adalah kenapa padang sekolah dijadikan medan atau gelanggang program yang tiada kena-mengena dengan program sekolah. Apa yang dapat saya tafsirkan, program yang dijalankan berat kepada kepolitikan sesuatu parti pemerentah. Persoalannya dimanakah letaknya dasar kerajaan yang tidak membenarkan mana-mana parti politik menjalankan aktiviti-aktivi kepartian di dalam bagunan sekolah? Atau..adakah ayat itu hanya ditujukan kepada parti yang lagi sebelah? Maknanya awak tidak dibenarkan membuat apa-apa kempen atau program kepartian di dalam kawasan sekolah tetapi aku tidak boleh dihalang. Ini bagunan aku yang punya..... Dimanakah keADILan 1Malaysia.

Saya KESIHAN melihat nasib sekolah yang diperalatkan oleh kementerian yang terlibat.. Program dijalankan selama 3 hari bermula dari Jumaat hinggalah Ahad. Sedangkan sessi persekolahan terpaksa dijalankan jugak. Segala program yang dirancang harus diteruskan... hari Jumaat masih lagi hari persekolahan biasa. Sabtu pulak banyak aktiviti yang telah dirancang kena diteruskan. Mana yang kena mewakili sekolah ke peringkat daerahlah.. mana yang kena menghadiri kelas-kelas tuisyen pada hari Sabtu. Semua kena jalankan seperti yang telah dirancang. Walaupun program dijalankan di padang sekolah, tetepi sedikit sebanyak program tersebut mampu mengganggu perhatian dan tumpuan pelajar di dalam pelajaran mereka. Bayangkan kalau suara dari pembesar suara berdenggung ditepi telingga ketika sessi pembelajaran sedang dijalankan. Jangankan murid-murid, para guru sekelianpun pasti akan hilang tumpuan. Inilah keprihatinan kerajaan yang melaung-laungkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan... Dahulukan Siapa..Pencapaian Siapa? lu pikirlah sendiri......

Saya tidaklah menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini. Cuma yang saya tidak berpuashati.. kenapa sekolah dijadikan sasaranya. Tak kiralah program dijalankan oleh siapapun. Kerajaan pusat ke.. Kerajaan Negeri ke.. tapi kenapa padang sekolah yang dipilih. Banyak lagi padang atau stadium yang kosong boleh dibuat sebagai lapangan untuk menjalankan program kerakyatan. Kenapa padang sekolah jugak yang dipilih? Bayangkan kalau Kerajaan Negeri yang melakukan program sedemikian.. apa akan jadi. Percaya dan pasti, ia akan jadi satu isu yang besar dan akan keluar di dada-dada akhbar aliran perdana mengatakan kerajaan pakatan telah menyalahgunakan sekolah sebagai tempat untuk berkempen... Saya tidak kesah kalau program yang dijalankan ini dibuat pada waktu cuti persekolahan. Kenapa nak buat pada waktu sessi persekolahan sedang berjalan. Di manakah letaknya kebijaksanaan berfikir pemimpin-pemimpin negara kita yang tercinta ini... Cara pemikiran sebeginikah yang kita akan pilih pada PRU ke-13 nanti... Saya fikir petani yang tidak perpangkat atau berpelajaran tinggi sekalipun boleh memikirkan yang mana baik, yang mana buruk. Apa yang harus dilakukan..apa yang tidak sepatutnya dilakukan...Tetapi bagaimana dengan Pak Menteri Asas Tani kita yang mendakwa program tersebut adalah dari Kementerian Pertanian bersama Rakyatttt.

Satu lagi saya nak tulis di sini, syabas kepada PAS Sijangkang kerana berjaya menganjurkan program perlawanan bola sepak 9 sebelah merebut Piala YB Dr. Ahmad Yunus yang dijalankan pada hari dan waktu yang sama di padang awam kampung Sijangkang. Saya  nak highlight di sini bukan sahaja kejayaan pengamjuran tersebut.. tetapi juga keyajaan parti tersebut menghidupkkan padang tersebut menjadi satu lapangan anak-anak muda belia Sijangkang beriadah dan bersukan.... Semoga program-program sebegini lebih diperbanyakkan lagi untuk memenuhi tuntutan silatulrahim....

Rabu, 4 Mei 2011

Umno ibarat pungguk rindukan bulan

Politik tanah air kini menyaksikan Umno dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi dan tidak dipeduli.

Malah seninya kian pudar, nadanya pula hilang pitching yang tepat. Persembahan juga tidak seimbang dan penampilan tampak pincang.

umno pasApabila Umno mengajak PAS sekali lagi menyertai BN dan jikalau PAS tidak mahu, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah, saya lihat Umno kini seperti pungguk rindukan bulan.

Jelas sekali agenda mereka hanya satu, iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan yang dilihat semakin utuh. Dengan kata lain, tindakan itu untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan.

Demi bangsa dan agama! Begitulah nada lama yang pitching sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana parti itu menentang perjuangan Islam.

Tiba-tiba MCA yang menjadi rakan kongsi Ummo dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN, pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam.

umno mca chua soi lek najibInilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P Ramlee sebagai "masuk angin keluar asap".

Menariknya, Umno seperti mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam. Justeru itu mereka sangat bimbang kalau perjuangan suci itu dihalang oleh DAP. Lantas mereka menggesa PAS keluar dari Pakatan.

'Malu-malu sayang'

Saya mahu ucapkan terima kasih atas pengiktirafan secara tidak langsung itu setelah sejak tahun 1951, PAS ditentang serta dibelasah habis-habisan oleh Umno dan BN. Mereka tidak pernah mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam sebelum ini.

Setelah saya kemukakan hujah dalam perenggan-perenggan di atas, isunya terhenti atas dua poin.

NONEPertama, demi bangsa dan agama, PAS tidak boleh menyertai BN kerana MCA, parti kompenan kedua terbesar dalam BN memberi amaran agar PAS tidak memperjuangkan negara Islam.

Pengerusinya DAP Karpal Singh bagaimanapun, di Konvensyen Pakatan yang lalu memperlihatkan keterbukaan terhadap dasar dan perjuangan PAS apabila beliau mengisyaratkan bahawa isu negara Islam boleh dibincang.

Ketika DAP memberi isyarat itu, MCA pula membentak keras dan memberi amaran kepada PAS supaya jangan memperjuangkan negara Islam.

Kedua, apabila Umno mengiktiraf Islam yang diperjuangkan PAS, lantaran itulah mereka kelihatan 'malu-malu sayang' lalu menggesa PAS keluar Pakatan kerana bimbang dihalang oleh DAP.

NONEMaka, amat wajarlah Umno yang menyertai PAS demi masa depan bangsa dan agama. Sekurang- kurangnya UMNO keluarlah BN kerana MCA jelas dan lantang menentang Islam dan penubuhan negara Islam, sementara Umno kini kelihatan sangat berminat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Untuk apa lagi Umno menahan rasa dan membendung resah bersekongkol dengan MCA?

Politik Machiavelli

Saya meninjau pandangan awam. Rata-rata yang saya temui percaya Umno dan BN kini terdesak untuk memulihkan potensi untuk menguasai dua pertiga majoriti di parlimen.

sarawak election pakatan pc kuching 170411 01Tiada hubungan kedua melainkan Umno mesti merencana sesuatu untuk memecahkan kesatuan Pakatan yang menjadi satu-satunya tembok penghalang untuk mereka merealisasikan impian.

Dengan mengaibkan peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui penyebaran video lucah kepada umum dengan mendahului siasatan yang adil diyakini sebahagian usaha untuk melemahkan Pakatan.

Pembunuhan watak ini dilakukan dengan penuh teliti dan terancang. Ia merentasi kewajaran dan rasional masyarakat bertamadun.

Berteraskan prinsip politik Machiavelli,"matlamat menghalalkan cara", kini Umno mencipta satu lagi sejarah hitam politik negara dengan memperkenalkan politik lucah yang jijik dan mual.

NONESebahagian masyarakat pula cepat mengesan bahawa perkara ini tidak lebih dari sandiwara Umno dan BN. Ketika tangan kirinya menggapai PAS, tangan kanannya pula siap dengan belati dan sabit bermata dua untuk menikam dan mencincang.

Realiti ini jelas. Sebagai contoh, dalam pilihan raya peringkat negeri Sarawak tempoh hari, walaupun BN tahu PAS hanya bertanding 5 kerusi, tetapi presiden BN yang juga presiden Umno terus mengasak dan mengganyang PAS.

Ia seolah-seolah PAS satu-satunya lawan mereka di Sarawak.

Drama apakah ini?

Saya tidak bermaksud, malah tidak pernah berselera kepada Umno dan BN yang menghulurkan simpati kepada PAS, sehingga memberi laluan selesa untuk memenangi satu-satu pilihan raya. Tetapi apa yang perlu ditekankan ialah sikap.

Pastinya, adab dalam mengundang dan adab mahu berkawan didahului dengan berbuat baik dan beramah mesra. Apa yang berlaku, Umno dan BN terus menunjukkan sikap permusuhan dan dendam politiknya yang berterusan, kemudian mengajak PAS menyertai mereka.

Jika bukan sandiwara politik, maka drama apakah ini?

PAS tidak pernah menolak apa yang diajarkan Islam, seperti perpaduan ummah dan kerjasama baik demi negara, bangsa dan agama, selama mana ia benar-benar dibina atas landasan agama.

Wajarnya Umno pula menyertai PAS demi merealisasikan hasrat murni tersebut. PAS pernah mempunyai pengalaman menyertai Perikatan suatu ketika dahulu, kini eloklah Umno pula mengambil pengalaman tersebut.

Jika Umno enggan menyertai PAS demi bangsa dan agama, maka bagaimanalah Umno boleh fikir PAS mahu menyertai UMNO dan BN?

Selasa, 3 Mei 2011

Najib ibarat ketam minta PAS berpisah dengan DAP

PAS menganggap cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti-parti komponen BN yang diterajuinya sendiri tidak sehaluan.

NONEKetua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (kanan, berketayap) berkata, selaku pengerusi BN, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman di kalangan komponen BN dahulu.

“Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA.

“Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami,” katanya dalam satu kenyataan.

Idris mengulas saranan Najib suapaya PAS menjauhkan diri dengan DAP atas alasan PAS bertungkus lumus tetapi yang menang ialah DAP dan parti Islam itu perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam.

umno pas 180708“PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam,” katanya.

Menurut Idris, dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno.

“Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS diletakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya lagi.

Menurut Idris mangsa terbaru adalah Cikgu Maaruf Mutalib, suami Cikgu Normala bekas calon PAS di Tenang yang diarahkan berpindah sekolah.

NONE“Siapa punya angkara?” soalnya.

Menurutnya, apabila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu, sekarang sudah meninggal mereka, baru mereka teringat kepada PAS.

PAS, ujarnya hendak mengingatkan Najib bahawa mereka membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga.

“Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali,” ujarnya.
 
Sumber : Malaysiakini