Hari-hari berita terpanas adalah berhubung dengan slogan 1 Melayu, 1 Bumi. Ini semuam ada kaitannya dengan slogan 1 Malaysia yang bunyi sengguh Cemerlang, Gemilang & Terbilang. Bunyinya sungguh cantik..Tetapi adakah ia benar-benar baik atau sebaliknya... Kita sendiri yang menilainya.. Buruk baik sesuatu slogan tu terletak pada cara penyampaian atau perlaksanaannya. Betul tak apa yang diwar-warkan oleh pemimpin no 1 kita tentang..1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....
Bagi saya slogan tu memang betul. Tak ada cacat celanya. 1 Malaysia hasil negara dicapainya. Jangan ada yang tertinggal sedikit pun. Mana tangan sampai untuk mencapainya pasti akan dicapai. Yang penting hajat tecapai... Rakyat pula kenalah mendahului memberi jalan untuk memudahkan pencapaian mereka. Jadi tak payah lagilah mereka bersusah payah untuk meneroka. Jalan dah ada. Rakyat nama cukup modal nak buat rete..jadi terpaksalah bagi pada mereka-mereka yang sememangnya sudah kaya untuk menambahkan lagi kekayaan mereka.
Berbalik kita pada slogan 1 Melayu 1 Bumi. Apa lagi yang tak kene dengan kita nie orang melayu. Kenapa orang melayu nie sentiasa hendak diinggatkan baru nak bersatu.. Kenapa sentiasa disogok dengan slogan-slogan baru nak berdamai... Tak cukup dengan 1 Malaysia kini timbul pulak 1 Melayu.. Apa maksud semua nie? Bodoh sangatkah orang melayu nie...
Baiklah cuba kita lihat apa yang kita harungi sekarang. Siapa yang membuat orang melayu berpecah. Siapa yang membuat orang melayu kecewa? Siapa yang memalukan orang melayu sendiri? Siapa yang mereka cipta ceritan untuk membunuh orang melayu sendiri? Semua jawapannya ada pada orang melayu sendiri.
Kalau dilihat pada sikap orang melayu itu sendiri, hampir setiap orang mempunyai sikap PHD yang terlalu tebal pada diri mereka sendiri. Tak kiralah setinggi mana sekalipun jawatan yang dipegang..dari setinggi-tingi pangkat sehinggalah suri rumah yang tidak banyak pergaulan pun pasti ada tersisip perasaan PHD tersebut. Setiap hari ada sahaja cerita yang didendangkan walaupun kesahihan cerita belum pasti kebenaranya. yang penting ada cerita mahu diomongkan.
Cuba kita lihat persekitaran kita, apa kurangnya pada diri kita yang dilahirkan sebagai anak melayu. Apa yang menyebabkan kita agak tertinggal dengan bangsa Cina kalau dibandingkan kita dengannya. Jawapannya, memang kita yang cipta jurang tersebut. Orang lain sebok dengan agenda memajukan ekonomi keluarga dan kaum tapi kita sebok dengan agenda untuk meruntuhkan dan menjatuhkan kawan sesema kaum kita. kita sebok mencipta bidaah-bidaah yang sememangnya tidak terfikir olah akal yang waras. Kita akan rasa resah kalau melihat kejayaan orang lain. Kita rasa teramat rugi kalau membiarkan orang lain lebih berjaya dan kaya dari kita. Kita akan rasa tidak senang duduk kalau ada orang lain yang mampu mentadbir atau mendapat sekongan dari orang ramai. Kita .. kita.. semua dari kita..
Kita sentiasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan