
Hasan Al Banna dilahirkan di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir
tahun 1906 M. Ayahnya, Syaikh Ahmad al-Banna adalah seorang ulama fiqh
dan hadits. Sejak masa kecilnya, Hasan al Banna sudah menunjukkan
tanda-tanda kecemerlangan otaknya. Pada usia 12 tahun, atas anugerah
Allah, Hasan kecil telah menghafal separuh isi Al-Qur’an.

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2-
Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah
ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang
masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang
berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam
setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh
pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan
yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang
memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada
kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan