Ahad, 7 April 2013
Sabtu, 6 April 2013
10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
Hasan Al Banna dilahirkan di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir
tahun 1906 M. Ayahnya, Syaikh Ahmad al-Banna adalah seorang ulama fiqh
dan hadits. Sejak masa kecilnya, Hasan al Banna sudah menunjukkan
tanda-tanda kecemerlangan otaknya. Pada usia 12 tahun, atas anugerah
Allah, Hasan kecil telah menghafal separuh isi Al-Qur’an.
Maka
mulailah Hasan al Banna dengan dakwahnya. Dakwah mengajak manusia
kepada Allah, mengajak manusia untuk memberantas kejahiliyahan
(kebodohan). Dakwah beliau dimulai dengan menggalang beberapa muridnya.
Kemudian beliau berdakwah di kedai-kedai kopi.Pada
Mac 1928 Syeikh Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwan
Muslimin di bandar Ismailiyyah. Pengaruh Ikhwan yang semakin kuat amat
dikhuatiri dan ditakuti oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh
al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa’di yang bertindak mengharamkan Ikhwan
Muslimin Pada 1948. Beliau
ditembak pada 12 Februari 1949 ketika keluar dari bangunan pertubuhan
Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan
pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan
kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa
dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah
dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai
tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya
keluarganya sendiri.
10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2-
Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah
ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang
masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang
berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam
setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh
pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan
yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang
memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada
kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.
Langgan:
Catatan (Atom)