
Pelik !! itulah perkataan yang dapat aku ucapkan apabila menonton sebuah rancangan reality TV yang sedang di siarkan di TV berbayar sekarang ini. Dengarnya ini adalah rancangan yang terakhir abad ini. Tidak dinafikan rancangan pernuh dengan kejutan-kejutan yang yang tidak dijangka. Ini bermakna penerbit dan krew produksi berjaya dengan gimik yanng dirancangkan untuk menarik lebih ramai penonton. Tambahan pulak kepetahan pengacaranya yang sememangnya layak bergelar pengacara terbaik Asia. Dari musim keenam hinggalah musin ke lapan rancangan ini boleh dikatakan hampir mati gara-gara pengacaranya telah ditukar dan tidak dapat menarik nimat penonton. Senang cerita rancangan ini, rancangan Aznil Hj Nawawilah... ia boleh dikatan macam Aznil yang punya. Kalau bukan Aznil yang mengacarakannya .. hambar macam lauk tak cukup garam...

Tapi hari ni aku bukan nak bercerita pasal si Aznil nie sebenarnya. Sebenarnya aku nak menyentuh dan bercerita pasal juri tetap yang dilantik pihak ASTRO untuk menjadi pengkritik dalam setiap persembahan. Nah.. ammik ko .. kow-kow punya kutuk.. bukan lagi kritik yang diberikan.. sampai aku orang luar yang mendengar pun rasa tak tau macamana nak menerimanya.. Macam tenaga pengajar dan pelajar yang dipilih langsung tidak boleh menyanyi, tiada qulity, tiada bakat dan tiada apa-apalah. Seakan mereka langsung tidak ada bakat.. Kalau anda menonton sama pada minggu ketiga persembahan mereka aku rasa hari itu semua pengkritik ingin menunjukkan kononnya merekalah orang yang benar-benar terbaik dalam bidang seni ni. Kononnya merekalah orang yang paling berpengalaman dan paling sempurna. Mereka bukan lagi sepatutnya memberikan kritikan membena yang boleh dijadikan panduan oleh pelajar.. tapi seperti mereka nak melepaskan geram kepada ASTRO kerana tidak memilih mereka sebagai tenaga pengajar. Baik punya kutuk... Sampai aku tenggok macam orang meroyan pun ada..

Inikah sikap dan tingkahlaku seorang muslimah yang dutunjukkan melalui emej penampilannya yang bertudung litup. Muslimah sejati bukan terletak pada tudung sahaja. Tetapi seorang muslimah sepatutnya terikat pada penampilan lemah lembut dan berhimah ketika berucap. Bukan berucap / bercakap ikut suka mulut berbunyi saja. Dia sepaptutnya peka pada keadaan sekeliling. Dia sepatutnya bercakap cara berlapik sikit. Hormat pada orang tua pelajar yang ada sama. Bukan suka hati mengutuk anak-anak mereka tanpa mengambil kira adat ketimuran. Inikah budaya orang melayu yang terkenal dengan kelemah-lembutannya dan ketatasusilaan. Terkenal dengan adat ketimuran... Tetapi apa yang saya tak sangka zaman moden seperti sekarang ini masih ada lagi orang yang tidak tahu menjaga adat ketimuran dan memalukan masyarakat melayu itu sendiri. Masih ada orang yang memalukan masyarakat melayu itu sendiri. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.... fikir-fikirkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan