Rabu, 4 Mei 2011

Umno ibarat pungguk rindukan bulan

Politik tanah air kini menyaksikan Umno dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi dan tidak dipeduli.

Malah seninya kian pudar, nadanya pula hilang pitching yang tepat. Persembahan juga tidak seimbang dan penampilan tampak pincang.

umno pasApabila Umno mengajak PAS sekali lagi menyertai BN dan jikalau PAS tidak mahu, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah, saya lihat Umno kini seperti pungguk rindukan bulan.

Jelas sekali agenda mereka hanya satu, iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan yang dilihat semakin utuh. Dengan kata lain, tindakan itu untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan.

Demi bangsa dan agama! Begitulah nada lama yang pitching sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana parti itu menentang perjuangan Islam.

Tiba-tiba MCA yang menjadi rakan kongsi Ummo dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN, pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam.

umno mca chua soi lek najibInilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P Ramlee sebagai "masuk angin keluar asap".

Menariknya, Umno seperti mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam. Justeru itu mereka sangat bimbang kalau perjuangan suci itu dihalang oleh DAP. Lantas mereka menggesa PAS keluar dari Pakatan.

'Malu-malu sayang'

Saya mahu ucapkan terima kasih atas pengiktirafan secara tidak langsung itu setelah sejak tahun 1951, PAS ditentang serta dibelasah habis-habisan oleh Umno dan BN. Mereka tidak pernah mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam sebelum ini.

Setelah saya kemukakan hujah dalam perenggan-perenggan di atas, isunya terhenti atas dua poin.

NONEPertama, demi bangsa dan agama, PAS tidak boleh menyertai BN kerana MCA, parti kompenan kedua terbesar dalam BN memberi amaran agar PAS tidak memperjuangkan negara Islam.

Pengerusinya DAP Karpal Singh bagaimanapun, di Konvensyen Pakatan yang lalu memperlihatkan keterbukaan terhadap dasar dan perjuangan PAS apabila beliau mengisyaratkan bahawa isu negara Islam boleh dibincang.

Ketika DAP memberi isyarat itu, MCA pula membentak keras dan memberi amaran kepada PAS supaya jangan memperjuangkan negara Islam.

Kedua, apabila Umno mengiktiraf Islam yang diperjuangkan PAS, lantaran itulah mereka kelihatan 'malu-malu sayang' lalu menggesa PAS keluar Pakatan kerana bimbang dihalang oleh DAP.

NONEMaka, amat wajarlah Umno yang menyertai PAS demi masa depan bangsa dan agama. Sekurang- kurangnya UMNO keluarlah BN kerana MCA jelas dan lantang menentang Islam dan penubuhan negara Islam, sementara Umno kini kelihatan sangat berminat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Untuk apa lagi Umno menahan rasa dan membendung resah bersekongkol dengan MCA?

Politik Machiavelli

Saya meninjau pandangan awam. Rata-rata yang saya temui percaya Umno dan BN kini terdesak untuk memulihkan potensi untuk menguasai dua pertiga majoriti di parlimen.

sarawak election pakatan pc kuching 170411 01Tiada hubungan kedua melainkan Umno mesti merencana sesuatu untuk memecahkan kesatuan Pakatan yang menjadi satu-satunya tembok penghalang untuk mereka merealisasikan impian.

Dengan mengaibkan peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui penyebaran video lucah kepada umum dengan mendahului siasatan yang adil diyakini sebahagian usaha untuk melemahkan Pakatan.

Pembunuhan watak ini dilakukan dengan penuh teliti dan terancang. Ia merentasi kewajaran dan rasional masyarakat bertamadun.

Berteraskan prinsip politik Machiavelli,"matlamat menghalalkan cara", kini Umno mencipta satu lagi sejarah hitam politik negara dengan memperkenalkan politik lucah yang jijik dan mual.

NONESebahagian masyarakat pula cepat mengesan bahawa perkara ini tidak lebih dari sandiwara Umno dan BN. Ketika tangan kirinya menggapai PAS, tangan kanannya pula siap dengan belati dan sabit bermata dua untuk menikam dan mencincang.

Realiti ini jelas. Sebagai contoh, dalam pilihan raya peringkat negeri Sarawak tempoh hari, walaupun BN tahu PAS hanya bertanding 5 kerusi, tetapi presiden BN yang juga presiden Umno terus mengasak dan mengganyang PAS.

Ia seolah-seolah PAS satu-satunya lawan mereka di Sarawak.

Drama apakah ini?

Saya tidak bermaksud, malah tidak pernah berselera kepada Umno dan BN yang menghulurkan simpati kepada PAS, sehingga memberi laluan selesa untuk memenangi satu-satu pilihan raya. Tetapi apa yang perlu ditekankan ialah sikap.

Pastinya, adab dalam mengundang dan adab mahu berkawan didahului dengan berbuat baik dan beramah mesra. Apa yang berlaku, Umno dan BN terus menunjukkan sikap permusuhan dan dendam politiknya yang berterusan, kemudian mengajak PAS menyertai mereka.

Jika bukan sandiwara politik, maka drama apakah ini?

PAS tidak pernah menolak apa yang diajarkan Islam, seperti perpaduan ummah dan kerjasama baik demi negara, bangsa dan agama, selama mana ia benar-benar dibina atas landasan agama.

Wajarnya Umno pula menyertai PAS demi merealisasikan hasrat murni tersebut. PAS pernah mempunyai pengalaman menyertai Perikatan suatu ketika dahulu, kini eloklah Umno pula mengambil pengalaman tersebut.

Jika Umno enggan menyertai PAS demi bangsa dan agama, maka bagaimanalah Umno boleh fikir PAS mahu menyertai UMNO dan BN?

Selasa, 3 Mei 2011

Najib ibarat ketam minta PAS berpisah dengan DAP

PAS menganggap cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti-parti komponen BN yang diterajuinya sendiri tidak sehaluan.

NONEKetua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (kanan, berketayap) berkata, selaku pengerusi BN, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman di kalangan komponen BN dahulu.

“Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA.

“Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami,” katanya dalam satu kenyataan.

Idris mengulas saranan Najib suapaya PAS menjauhkan diri dengan DAP atas alasan PAS bertungkus lumus tetapi yang menang ialah DAP dan parti Islam itu perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam.

umno pas 180708“PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam,” katanya.

Menurut Idris, dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno.

“Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS diletakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya lagi.

Menurut Idris mangsa terbaru adalah Cikgu Maaruf Mutalib, suami Cikgu Normala bekas calon PAS di Tenang yang diarahkan berpindah sekolah.

NONE“Siapa punya angkara?” soalnya.

Menurutnya, apabila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu, sekarang sudah meninggal mereka, baru mereka teringat kepada PAS.

PAS, ujarnya hendak mengingatkan Najib bahawa mereka membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga.

“Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali,” ujarnya.
 
Sumber : Malaysiakini

Isnin, 2 Mei 2011

Kritik vs Kutuk

Pelik !! itulah perkataan yang dapat aku ucapkan apabila menonton sebuah rancangan reality TV yang sedang di siarkan di TV berbayar sekarang ini. Dengarnya ini adalah rancangan yang terakhir abad ini. Tidak dinafikan rancangan pernuh dengan kejutan-kejutan yang yang tidak dijangka. Ini bermakna penerbit dan krew produksi berjaya dengan gimik yanng dirancangkan untuk menarik lebih ramai penonton. Tambahan pulak kepetahan pengacaranya yang sememangnya layak bergelar pengacara terbaik Asia. Dari musim keenam hinggalah musin ke lapan  rancangan ini boleh dikatakan hampir mati gara-gara pengacaranya telah ditukar dan tidak dapat menarik nimat penonton. Senang cerita rancangan ini, rancangan Aznil Hj Nawawilah... ia boleh dikatan macam Aznil yang punya. Kalau bukan Aznil yang mengacarakannya .. hambar macam lauk tak cukup garam...

Baru-baru ni rancangan ni telah diterbitkan semula. Dengar katanya ini adalah rancangan yang terakhir.. so penerbit telah memanggil semula Aznil untuk mengacara. Penontonpun terbuailah dengnan celoteh si Aznil nie. Ada juga yang sampai menitiskan airmata bersama bila tiba dihujung rancangan. Maklumlah rancangan ini memerlukan satu penyingkiran di setiap akhir rancangan. Jadi ramailah anak-anak dara dan ibu-ibu yang turut serta mengesat airmata. Bukan saja simpati dengan peserta yang kena singkir tu tetapi sedikit-sebanyak terpengaruh dengan celoteh si Aznil.

Tapi hari ni aku bukan nak bercerita pasal si Aznil nie sebenarnya. Sebenarnya aku nak menyentuh dan bercerita pasal juri tetap yang dilantik pihak ASTRO untuk menjadi pengkritik dalam setiap persembahan. Nah.. ammik ko .. kow-kow punya kutuk.. bukan lagi kritik yang diberikan.. sampai aku orang luar yang mendengar pun rasa tak tau macamana nak menerimanya.. Macam tenaga pengajar dan pelajar yang dipilih langsung tidak boleh menyanyi, tiada qulity, tiada bakat dan tiada apa-apalah. Seakan mereka langsung tidak ada bakat.. Kalau anda menonton sama pada minggu ketiga persembahan mereka  aku rasa hari itu semua pengkritik ingin menunjukkan kononnya merekalah orang yang benar-benar terbaik dalam bidang seni ni. Kononnya merekalah orang yang paling berpengalaman dan paling sempurna. Mereka bukan lagi sepatutnya memberikan kritikan membena yang boleh dijadikan panduan oleh pelajar.. tapi seperti mereka nak melepaskan geram kepada ASTRO kerana tidak memilih mereka sebagai tenaga  pengajar. Baik punya kutuk... Sampai aku tenggok macam orang meroyan pun ada..

Aku rasa punca utama mereka terutamanya pengkritik perempuan tu mengkritik sehingga bertukar jadi kutukan kepada pelajar kerana dia tidak diberikan peluang untuk menjadi salah seorang dari tenaga pengajar. Malahan pulak AF kali ini adalah AF musim terakhir (katanya).  Jadi peluang untuk menjadi tenaga pengajar dah tak ada peluang lagi. Sebab itulah, inilah masanya yang tinggal untuk untuk mengutuk tenaga pengajar dengan cara berkias tetapi menyindir pelajar. Lemah pelajar maknanya lemahlah tenaga pengajarnya. Setiap orang yang membuat persembahan dia ketegorikan sebagai calon gugur pada malam tu.. sehingga salah seorang dari pengkritik leleki ada yang menegur kalau semua digugurkan, siapa lagi yang tinggal untuk meneruskan rancangan tersebut. Tetapi dijawab dengan egonya dia tetap dengan pendirianya untuk mengugurkan calon-calon yang disenaraikan.

Inikah sikap dan tingkahlaku seorang muslimah yang dutunjukkan melalui emej penampilannya yang bertudung litup. Muslimah sejati bukan terletak pada tudung sahaja. Tetapi seorang muslimah sepatutnya terikat pada penampilan lemah lembut dan berhimah ketika berucap. Bukan berucap / bercakap ikut suka mulut berbunyi saja. Dia sepaptutnya peka pada keadaan sekeliling. Dia sepatutnya bercakap cara berlapik sikit. Hormat pada orang tua pelajar yang ada sama. Bukan suka hati mengutuk anak-anak mereka tanpa mengambil kira adat ketimuran. Inikah budaya orang melayu yang terkenal dengan kelemah-lembutannya dan ketatasusilaan. Terkenal dengan adat ketimuran... Tetapi apa yang saya tak sangka zaman moden seperti sekarang ini masih ada lagi orang yang tidak tahu menjaga adat ketimuran dan memalukan masyarakat melayu itu sendiri. Masih ada orang yang memalukan masyarakat melayu itu sendiri. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.... fikir-fikirkan...