Warong D'Tagah
Ahad, 7 April 2013
Sabtu, 6 April 2013
10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
Hasan Al Banna dilahirkan di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir
tahun 1906 M. Ayahnya, Syaikh Ahmad al-Banna adalah seorang ulama fiqh
dan hadits. Sejak masa kecilnya, Hasan al Banna sudah menunjukkan
tanda-tanda kecemerlangan otaknya. Pada usia 12 tahun, atas anugerah
Allah, Hasan kecil telah menghafal separuh isi Al-Qur’an.
Maka
mulailah Hasan al Banna dengan dakwahnya. Dakwah mengajak manusia
kepada Allah, mengajak manusia untuk memberantas kejahiliyahan
(kebodohan). Dakwah beliau dimulai dengan menggalang beberapa muridnya.
Kemudian beliau berdakwah di kedai-kedai kopi.Pada
Mac 1928 Syeikh Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwan
Muslimin di bandar Ismailiyyah. Pengaruh Ikhwan yang semakin kuat amat
dikhuatiri dan ditakuti oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh
al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa’di yang bertindak mengharamkan Ikhwan
Muslimin Pada 1948. Beliau
ditembak pada 12 Februari 1949 ketika keluar dari bangunan pertubuhan
Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan
pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan
kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa
dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah
dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai
tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya
keluarganya sendiri.
10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2-
Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah
ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang
masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang
berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam
setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh
pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan
yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang
memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada
kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.
Selasa, 26 Mac 2013
HUKUMAN TERHADAP DSAI, SALAH GUNA KUASA ATAU RASUAH?
Alamak..!! Lobang besar sudah pecah daa... lebam pulak la mata kita woii.. haha...
Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.
Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.
“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.
“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.
“Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.
“Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya lagi.
“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua ‘pemain-pemain utama’ perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini, tidak pernah lari sedikit pun daripada landasan kebenaran,” katanya.
Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Maka, kemungkinan keterangan dan pendedahannya ini mungkin juga benar. Sekiranya ini benar,telah jelaslah di mata kita bahawa memang terdapat penyalahgunaan kuasa dalam bidang polis dan juga kehakiman terhadap Anwar Ibrahim.
Apa kata anda mengenai pendedahan ini pula?
Khamis, 21 Mac 2013
Membongkar Kisah Sebenar Lahad Datu..
Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Sharin atau Cikgu Bard
dengan kerjasama Angakatan Perubahan Sabah (APS) telah mengadakan
majlis dinamakan Mahkamah Rakyat: Isu Sebenar Lahad Datu - Siapa
Pengkianat Sebenar pada malam Isnin lalu telah merumuskan lima perkara
berhubung isu yang berlaku di Sabah hari ini.
Lima perkara itu ialah;
Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan BN terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti. Ia berlaku setiap kali Umno BN kalah malah kali ini Umno BN bakal kehilangan Putrajaya.
Projek IC menyebabkan banyak masalah, ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi BN bukan kerana kesetiaan pada negara, Jeneral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan BN Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC.
Pemimpin BN lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militan/pengganas dan perlu berunding? Persoalannya kenapa berunding? Apa isi perundingan? Apa yang diselindungkan? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.
Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya kerana punya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU.
Majlis itu mendapat sambutan hangat dengan dihadiri lebih 5,000. Dewan Perhimpunan Cina Selangor tempat majlis itu diadakan penuh sesak sehingga melimpah ke luar dewan. Orang ramai yang ingin mengetahui kisah sebenar mengenai isu Sabah sanggup duduk dan berdiri di jalan raya.
Program dikendalikan secara 3 segmentasi - Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung).
Segmentasi kedua menampilkan Hasnar dan Siti Aminah yang kedua–duanya bekas tahanan ISA. Hasnar dan Siti Aminah terlibat dalam projek kad pengenalan di bawah Dr.Mahathir yang mengadaikan kedaulatan dengan memberi warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen BN.
Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabila parti Berjaya (komponen BN) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai ‘silent riot’ itu sememangnya dicipta BN dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian.
Pendedahan mereka berdua benar–benar menyentak hadirin. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam projek IC Dr.M.
Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato' Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu.
Dua wakil APS Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir.
Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia.
Isnin, 18 Mac 2013
UMNO Baru Tahu Tian Chua Makan Babi!
Kesian. Masih dalam mode: 'LEMBU'.
Makan babi punya pasal, Tian Chua jadi haramjadah, jadi biadap, jadi pelaq. Kah kah kah!! Si Cina nama Tian Chua ini, bukan setakat babi dia makan, anak babi dgn ibu babi sekali pun Tian Chua telan.
Soi Lek makan babi,.
Yen Yen makan babi.
Hak makan babi ini telah termaktub (untuk bukan Islam).
Bab babi UMNO nampak.
Tapi tak pernah pulak ada naik banner bertulis,
ANAK MAHAFIRAUN HARAMJADAH, TAUKE TODI SAN MIGUEL!'
ANAK MAHAFIRAUN BIADAP! LU PELAQ!
Babi dalam perut Tian Chua nampak, San Miguel bertong-tong atas meja boleh buat bodo.
Bawak-bawaklah diri keluar dari feedlot. -libanglibu
Akhirnya.. Rahsia Ketua Polis Negara Terbongkar
PERAK
12 MAC: Ketua Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada kemungkinan
besar tawan Putrajaya, dedah Pengerusi Biro Penerangan KEADILAN, Dr
Muhammad Nur Manuty.
Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin.
Katanya, Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara
sejak 2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan
putrajaya.
Kenyataan Ismail itu dipetik dari ucapannya dalam Kursus Tarbiah di
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di hadapan 200 orang profesor senior
kira-kira tiga minggu lalu.
“Kursus Tarbiah itu turut dihadiri Tun Mahathir, dia (Ismail) beritahu,
Pakatan Rakyat ada potensi besar ke Putrajaya dan keadaan akan jadi huru
hara.
“Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah
sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai
penasihat keselamatan kita
“Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah,
yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya,”
Katanya.
Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan kenyataan Leftenan Jeneral (B)
Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang turut mendedahkan persiapan rapi
telah di lakukan oleh tentera untuk menghadapi perubahan kerajaan.
“Pelan perancangan strategik
telah dirancang oleh pihak polis. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri,
macam mana polis nak bawa dia (Anwar) ke Istana Negara untuk angkat
sumpah, itu pun sudah ditunjukkan pada saya,” katanya.
Ceramah
yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim turut
menyaksikan pemimpin rakyat itu berjalan di bawah sinaran cahaya lampu
suluh untuk naik ke pentas.
Walaupun
terpaksa bergelap, semua penyokong tetap bersama kontinjen Jelajah
Merdeka Rakyat di Perak sehingga berakhir jam 2 pagi. ~keadilandaily
Ahad, 17 Mac 2013
PANAS! Inilah Dokumen Yang Menyebabkan Ketua Ekonomi Bank Islam DIGANTUNG!
Setelah
heboh mengenai pendedahan seorang ketua ekonomi Bank Islam yang
menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam dua
kemungkinan, belum ada bukti atau keterangan pada ketika itu yang
menunjukkan bahawa ianya benar.
Azrul Azwar Ahmad Tajuddin yang mendedahkannya dalam satu forum ekonomi di Singapura (Singapore Regional Outlook) awal tahun ini menyebut antara lainnya memberikan tiga kemungkinan yang akan berlaku apabila pilihanraya umum diadakan tidak lama lagi.
Azrul Azwar Ahmad Tajuddin yang mendedahkannya dalam satu forum ekonomi di Singapura (Singapore Regional Outlook) awal tahun ini menyebut antara lainnya memberikan tiga kemungkinan yang akan berlaku apabila pilihanraya umum diadakan tidak lama lagi.
Jelas beliau, pembentangannya dalam forum itu adalah analisa dan
perancangan ekonomi Malaysia bagi tahun 2013 dengan mengambil kira semua
faktor termasuk politik dan ia sangat berkait rapat dengan hala tuju ekonomi negara.
Dengan tajuk GE13: Tsunami Politik Lebih Hebat, antara salah satu slaid pembentangannya di atas, Azrul memberikan analisisnya berdasarkan faktor ekonomi dan politik semasa termasuk perkembangan dalam Pakatan Rakyat yang bakal menentang BN.
Berdasarkan analisisnya, beliau memberi kemungkinan seperti berikut:
a) Senario dengan kemungkinan sederhana (senario kes terbaik) - BN akan MENANG TIPIS antara 112 ke 122 kerusi parlimen (kekalahan tipis Pakatan Rakyat dengan memperolehi antara 100 ke 110 kerusi)
- Gagal menawan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan
- Hilang kuasa di Perak dan Negeri Sembilan
b) Senario dengan kemungkinan tinggi (senario kes terbaik) - BN akan KALAH TIPIS dengan hanya memperolehi antara 97 ke 107 kerusi parlimen (kemenangan tipis Pakatan Rakyat dengan mendapat antara 115 ke 125 kerusi parlimen)
- Gagal menawan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan
- Kehilangan kuasa di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis
- Menang tipis di Pahang dan Johor
- Hilang penguasaan tradisi (simpanan tetap) di Melaka, Sabah dan Sarawak
c) Senario dengan kemungkinan rendah (senario kes terburuk buat BN)- BN akan KALAH BESAR apabila hanya memperolehi antara 82 ke 92 kerusi parlimen (Kemenangan besar Pakatan Rakyat dengan mencatat penguasaan antara 130 hingga 140 kerusi parlimen)
- Gagal menawan kembali Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan
- Kehilangan kuasa di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Pahang
- Menang tipis di Johor dan Melaka
- Hilang penguasaan tradisi (simpanan tetap) di Sabah dan Sarawak
- Menang tipis di Johor dan Melaka
- Hilang penguasaan tradisi (simpanan tetap) di Sabah dan Sarawak
Pembentangannya dibuat secara profesional tanpa dipengaruhi sesiapa atau mana-mana pihak sama ada BN atau Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, BN tidak boleh menerima pembentangan dan hasil kajiannya menyebabkan jawatannya digantung seminggu selepas ia disiarkan pertama kali oleh akhbar luar negara berpangkalan di Singapura, The Straits Times.
Azrul dengan tegas menyatakan bahawa analisisnya adalah tepat dan tidak sekali-kali menarik balik pembentangannya biarpun dipercayai Bank Islam memintanya agar menarik balik hasil kerjanya yang sangat profesional.
Malah bank tersebut juga membuat laporan polis atas hasil kajiannya yang kononnya boleh 'menggugat keselamatan negara' padahal sebenarnya pemimpin Umno sendiri yang tidak boleh menerima hakikat pahit yang perlu ditelan sama ada suka atau tidak.
Biarpun beliau dikaitkan sebagai seorang bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), tempat di mana Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menimba ilmu di peringkat menengah, namun Azrul naik sehingga ke tahap ini tanpa disokong oleh mana-mana pemimpin apabila membuktikannya sendiri dalam tempoh hanya 10 tahun setelah menamatkan pengajiannya di luar negara.
Beliau juga yakin bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya.
JALAN PULANG
Langgan:
Catatan (Atom)