Selasa, 26 Mac 2013

HUKUMAN TERHADAP DSAI, SALAH GUNA KUASA ATAU RASUAH?

Alamak..!! Lobang besar sudah pecah daa... lebam pulak la mata kita woii.. haha...

Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.

“Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.

“Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya lagi.

“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua ‘pemain-pemain utama’ perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini, tidak pernah lari sedikit pun daripada landasan kebenaran,” katanya.

Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Maka, kemungkinan keterangan dan pendedahannya ini mungkin juga benar. Sekiranya ini benar,telah jelaslah di mata kita bahawa memang terdapat penyalahgunaan kuasa dalam bidang polis dan juga kehakiman terhadap Anwar Ibrahim.

Apa kata anda mengenai pendedahan ini pula?

Khamis, 21 Mac 2013

Membongkar Kisah Sebenar Lahad Datu..



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Sharin atau Cikgu Bard dengan kerjasama Angakatan Perubahan Sabah (APS) telah mengadakan majlis dinamakan Mahkamah Rakyat: Isu Sebenar Lahad Datu - Siapa Pengkianat Sebenar pada malam Isnin lalu telah merumuskan lima perkara berhubung isu yang berlaku di Sabah hari ini.

Lima perkara itu ialah; 
Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan BN terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti. Ia berlaku setiap kali Umno BN kalah malah kali ini Umno BN bakal kehilangan Putrajaya.

Projek IC menyebabkan banyak masalah, ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi BN bukan kerana kesetiaan pada negara, Jeneral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan BN Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC.
Pemimpin BN lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militan/pengganas dan perlu berunding? Persoalannya kenapa berunding? Apa isi perundingan? Apa yang diselindungkan? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.

Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya kerana punya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU.

Majlis itu mendapat sambutan hangat dengan dihadiri lebih 5,000. Dewan Perhimpunan Cina Selangor tempat majlis itu diadakan penuh sesak sehingga melimpah ke luar dewan. Orang ramai yang ingin mengetahui kisah sebenar mengenai isu Sabah sanggup duduk dan berdiri di jalan raya.

Program dikendalikan secara 3 segmentasi - Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung).

Segmentasi kedua menampilkan Hasnar dan Siti Aminah yang kedua–duanya bekas tahanan ISA. Hasnar dan Siti Aminah terlibat dalam projek kad pengenalan di bawah Dr.Mahathir yang mengadaikan kedaulatan dengan memberi warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen BN.

Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabila parti Berjaya (komponen BN) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai ‘silent riot’ itu sememangnya dicipta BN dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian.

Pendedahan mereka berdua benar–benar menyentak hadirin. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam projek IC Dr.M.

Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato' Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu.

Dua wakil APS Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir.

Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia.

Isnin, 18 Mac 2013

UMNO Baru Tahu Tian Chua Makan Babi!


Kesian. Masih dalam mode: 'LEMBU'.

Makan babi punya pasal, Tian Chua jadi haramjadah, jadi biadap, jadi pelaq. Kah kah kah!! Si Cina nama Tian Chua ini, bukan setakat babi dia makan, anak babi dgn ibu babi sekali pun Tian Chua telan.

Soi Lek makan babi,.

Yen Yen makan babi.

Hak makan babi ini telah termaktub (untuk bukan Islam).

Bab babi UMNO nampak.

Tapi tak pernah pulak ada naik banner bertulis,

ANAK MAHAFIRAUN HARAMJADAH, TAUKE TODI SAN MIGUEL!'

ANAK MAHAFIRAUN BIADAP! LU PELAQ!

Babi dalam perut Tian Chua nampak, San Miguel bertong-tong atas meja boleh buat bodo.

Bawak-bawaklah diri keluar dari feedlot. -libanglibu

Akhirnya.. Rahsia Ketua Polis Negara Terbongkar

PERAK 12 MAC: Ketua Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada kemungkinan besar tawan Putrajaya, dedah Pengerusi Biro Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin.

Katanya, Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak 2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan putrajaya.

Kenyataan Ismail itu dipetik dari ucapannya dalam Kursus Tarbiah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di hadapan 200 orang profesor senior kira-kira tiga minggu lalu.

“Kursus Tarbiah itu turut dihadiri Tun Mahathir, dia (Ismail) beritahu, Pakatan Rakyat ada potensi besar ke Putrajaya dan keadaan akan jadi huru hara.

“Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai penasihat keselamatan kita

“Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah, yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya,” Katanya.

Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan kenyataan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang turut mendedahkan persiapan rapi telah di lakukan oleh tentera untuk menghadapi perubahan kerajaan.
“Pelan perancangan strategik telah dirancang oleh pihak polis. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, macam mana polis nak bawa dia (Anwar) ke Istana Negara untuk angkat sumpah, itu pun sudah ditunjukkan pada saya,” katanya.

Ceramah yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim turut menyaksikan pemimpin rakyat itu berjalan di bawah sinaran cahaya lampu suluh untuk naik ke pentas.

Walaupun terpaksa bergelap, semua penyokong tetap bersama kontinjen Jelajah Merdeka Rakyat di Perak sehingga berakhir jam 2 pagi. ~keadilandaily

Ahad, 17 Mac 2013

PANAS! Inilah Dokumen Yang Menyebabkan Ketua Ekonomi Bank Islam DIGANTUNG!




Setelah heboh mengenai pendedahan seorang ketua ekonomi Bank Islam yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam dua kemungkinan, belum ada bukti atau keterangan pada ketika itu yang menunjukkan bahawa ianya benar.

Azrul Azwar Ahmad Tajuddin yang mendedahkannya dalam satu forum ekonomi di Singapura (Singapore Regional Outlook) awal tahun ini menyebut antara lainnya memberikan tiga kemungkinan yang akan berlaku apabila pilihanraya umum diadakan tidak lama lagi.

Jelas beliau, pembentangannya dalam forum itu adalah analisa dan perancangan ekonomi Malaysia bagi tahun 2013 dengan mengambil kira semua faktor termasuk politik dan ia sangat berkait rapat dengan hala tuju ekonomi negara.

Dengan tajuk GE13: Tsunami Politik Lebih Hebat, antara salah satu slaid pembentangannya di atas, Azrul memberikan analisisnya berdasarkan faktor ekonomi dan politik semasa termasuk perkembangan dalam Pakatan Rakyat yang bakal menentang BN.

Berdasarkan analisisnya, beliau memberi kemungkinan seperti berikut:

a) Senario dengan kemungkinan sederhana (senario kes terbaik) - BN akan MENANG TIPIS antara 112 ke 122 kerusi parlimen (kekalahan tipis Pakatan Rakyat dengan memperolehi antara 100 ke 110 kerusi)

- Gagal menawan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan
- Hilang kuasa di Perak dan Negeri Sembilan

b) Senario dengan kemungkinan tinggi (senario kes terbaik) - BN akan KALAH TIPIS dengan hanya memperolehi antara 97 ke 107 kerusi parlimen (kemenangan tipis Pakatan Rakyat dengan mendapat antara 115 ke 125 kerusi parlimen)

- Gagal menawan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan
- Kehilangan kuasa di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis
- Menang tipis di Pahang dan Johor
- Hilang penguasaan tradisi (simpanan tetap) di Melaka, Sabah dan Sarawak

c) Senario dengan kemungkinan rendah (senario kes terburuk buat BN)- BN akan KALAH BESAR apabila hanya memperolehi antara 82 ke 92 kerusi parlimen (Kemenangan besar Pakatan Rakyat dengan mencatat penguasaan antara 130 hingga 140 kerusi parlimen)

- Gagal menawan kembali Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan 
- Kehilangan kuasa di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Pahang
- Menang tipis di Johor dan Melaka
- Hilang penguasaan tradisi (simpanan tetap) di Sabah dan Sarawak


Pembentangannya dibuat secara profesional tanpa dipengaruhi sesiapa atau mana-mana pihak sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, BN tidak boleh menerima pembentangan dan hasil kajiannya menyebabkan jawatannya digantung seminggu selepas ia disiarkan pertama kali oleh akhbar luar negara berpangkalan di Singapura, The Straits Times.

Azrul dengan tegas menyatakan bahawa analisisnya adalah tepat dan tidak sekali-kali menarik balik pembentangannya biarpun dipercayai Bank Islam memintanya agar menarik balik hasil kerjanya yang sangat profesional.

Malah bank tersebut juga membuat laporan polis atas hasil kajiannya yang kononnya boleh 'menggugat keselamatan negara' padahal sebenarnya pemimpin Umno sendiri yang tidak boleh menerima hakikat pahit yang perlu ditelan sama ada suka atau tidak.

Biarpun beliau dikaitkan sebagai seorang bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), tempat di mana Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menimba ilmu di peringkat menengah, namun Azrul naik sehingga ke tahap ini tanpa disokong oleh mana-mana pemimpin apabila membuktikannya sendiri dalam tempoh hanya 10 tahun setelah menamatkan pengajiannya di luar negara.

Beliau juga yakin bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya.

JALAN PULANG

Ahad, 10 Mac 2013


Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.

Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.
Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.

“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.

“Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan,” kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.

Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.

“Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.

“Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah,” ujar Dr Haron.
Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya.

Kantoi...


Sabtu, 9 Mac 2013

Ribuan kata 'Ya' di majlis 308 Pakatan





 
Lebih 15,000 membanjiri majlis ulangtahun kelima 308 Pakatan Rakyat di Esplanade malam tadi bagi mengingati kemenangan Pakatan merampas Pulau Pinang dari BN pada 2008.

penang 308 anniversary 090313 3Pada 2008, pilihan raya umum yang dikenali sebagai 'tsunami politik', telah menyaksikan lima negeri, termasuk Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan, manakala BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang tiba di padang Dewan Bandaraya selepas pukul 9 malam dengan disambut tepukan gemuruh orang ramai, gembira dengan respon hadirin, dan menganggarakan dalam tweetnya jumlah mereka ialah kira-kira 50,000.

Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada penduduk Pulau Pinang yang memberi kemenangan kepada Pakatan pada 8 Mac itu.

penang 308 anniversary 090313 front2Sebelum itu, jalan-jalan sekitar Padang Kota Lama menjadi
sesak, sehingga ramai terpaksa meletakkan kenderaan mereka kira-kira 1 km jauhnya, dan berjalan kaki untuk menghadiri majlis tersebut.

Ramai yang meletakkan kenderaan mereka di luas tempat parkir yang sah, dan disaman oleh polis. Saman-saman itu kemudiannya dikutip oleh setiausaha politik Lim, Ng Wei Aik, yang merancang untuk bertemu pihak berkuasa berhubung perkara  itu.

MESYUARAT AGUNG BARISAN NASIONAL 2013 - POLITIK WANG


Jumaat, 8 Mac 2013

Bapa mohon maaf pada Anwar, dakwa Saiful dipergunakan

Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
NONE"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya
Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.
Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang peguam, Zamri Idrus.

azlan"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."
Zamri telah menafikan dakwaan tersebut dan Malaysiakini tidak menyiarkan identiti pegawai khas di JPM itu sementara menunggu respons daripadanya.
Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.
walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya
semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.

NONE"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."
Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya  untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan. 
"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

NONE"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.
Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".

"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih
pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.

Ahad, 3 Mac 2013

sedikit info

‎(MOHON SHARE!!!) - Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia).

Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar RM5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi.

Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN BARU TERHEGEH2 HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" KEATAS SABAH??? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2?? MENGAPA "BAGINDA" MEMILIH WAKTU SEKARANG? KENAPA??? FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH...