Sabtu, 23 April 2011

Berita hari ini ada terselit satu cerita yang bertajuk "GIMNASIUM BOGEL DI SEPANYOL", hah..dunia sekarang apa-apapun ada... Demi mengajar kewangan yang semangkin sukar dicari, berbagai strategi orang untuk mendapatkannya. Apa saja yang difikirkan boleh menarik orang ramai untuk mengeluarkan duit, maka mereka akan buat. Tak kira apa cara dan sumber sekalipun yang penting mendatangkan hasil untuk menampung keperluan kehidupan harian.

Tetapi satu yang membuat aku rasa tak percaya dan pelik, walaupun gym nie dibuka untuk orang-orang bersantai sambil menunjukkan apa-apa yang ada melekat pada diri mereka..tampa ditutup walau sehelai benang pun.. namun sambutan yang diterima tetap dingin dan tidak memberangsangkan.. dari sumber hanya 4 orang pengunjung sahaja yang datang pada hari pertama pembukaannya... Pelik kann...itu di negara orang putih yang kurang menitik beratkan ketamadunan.. TETAPI cuba bayangkan kalau ada sebuah Gym yang macam ini dibenarkan dan dibuka di negara kita 1 Malaysia yang tercinta ini, aku pasti dan yakin sangat sambutan yang bakal diterima pasti diluar dugaan. Mau-mau tak cukup gym tu dibuatnya. maklumlah negara kita dan rakyat kita nikan bertamadun sanggat...

Fikir-fikirkan......

Jumaat, 22 April 2011

Berkuku Panjang

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda. The Truth Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. 

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. 

Additional info Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari jari tengah atau jari telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. 

Wallahuallam bisawab....

Khamis, 21 April 2011

Doa Ibubapa Pasti Dikabulkan.

 
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.

Berdasarkan hadis di atas, maka beruntunglah kita jika ibubapa dalam keadaan redha dan mendoakan kebaikan kepada kita. Pada waktu yang sama rugilah kita jika ibubapa dalam keadaan murka sehingga mereka tidak berdoa apa-apa atau mendoakan sesuatu keburukan kepada kita.
Sebelum ini kita sama-sama telah membaca kisah seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau asyik beribadah dalam biara yang didirikan khas sehingga tidak mengendahkan panggilan ibunya. Akhirnya ibu tersebut mendoakan Juraij: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!” Akhirnya Juraij dan peribadatannya terganggu kerana dia difitnah oleh seorang pelacur. Demikian ringkasan sebuah hadis yang panjang, yang di dalamnya terkandung dua pengajaran:
  1. Urusan ibubapa adalah lebih penting daripada urusan beribadah, lebih-lebih lagi jika ibadah yang sedang dilaksanakan hukumnya adalah sunat. Jika ia adalah ibadah wajib, maka hendaklah diperhatikan sama ada ia boleh ditangguh atau diringkaskan ibadah tersebut.
  2. Berhati-hatilah dengan doa daripada ibubapa.

Rabu, 20 April 2011

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama       : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571. Masehi dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa    : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu     : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.   
                   Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua :Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih        dikenali Halimah As-Saadiah. suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.  Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.  Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
· Khadijah Binti Khuwailid.
· Saudah Binti Zam'ah.
· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
· Zainab Binti Jahsy.
· Maimunah Binti Harith.
· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN:  Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN:
1. Hamzah
2. Ibu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
   
IBU SUSUAN:   Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN:
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
  
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10.Dhirar
11.Umaimah
12.Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.Atiqah ##
14.Arwa ##
15.Umaimah
16.Barrah
17.Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal Baginda,sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
· Aku melihat cahaya dari lidahnya.
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona...
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di  
  bahagian sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan...
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. 
  Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan 
  kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada
  ke pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih 
  drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan 
  tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan       
  putih..warna putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.
· Kulitnya putih lagi bercahaya.
· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi 
  berukuran sederhana lagi kacak.
· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di 
  kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman..
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.